Salam semua! kepada peminat2 ayam laga. blog ini dibina hanya untuk berkongsi minat dan info terkini berrkaitan ayam laga yang dimiliki serta mendapatkan sedikit hasil daripada pembakaan. Perjudian adalah tidak digalakkan memandangkan undang-undang dan ajaran agama yang melarang aktiviti tersebut.
Pembaka Terbaru:-
Pembaka terkini yang baru sahaja merampas takhta selaku penghulu reban. Memperolehinya dengan harga yang ummmmph...mahal sikit kot bagi saya. Rekod 4X. Bulu tengah menyulam (sebulu). Kalau tak , owner dia susah nak lepas kot. Skill... menurut ex-owner dia, jalan memang baik, pukul berat dan menang besar.
Vice Penghulu Reban PJ:-
Ini dia, bekas penghulu reban. 5X champs 1X draw. Baru habis sebulu. Ex-owner nak mintak beli balik sebab ayam dah nak siap. dulu dapat beli sebab ayam nak jatuh bulu, sekarang dah nak siap. Boleh jer asal dia bayar lebih. Lagi pun dah dapat turun banyak anak dia. Ayam berdarah 3D main dia memang menarik dengan banyak tembak dan patah besar. Rekod menang paling lama tak sampai 3 air. Last sekali draw habis 5 air.
Wak Wak Jr.
Wak wak Jr. Anak kepada induk John Sitam dan Wak wak jalak champion 7X. Payah betul nak dapat ayam ni. Owner tak nak lepas sebab induk dan bapak dia dah let go. Hari hari bodek dan up harga dia + ayam jantan seekor baru la dapat. Sekarang umur dah 10 bulan. Dah spar sekali. Jalan baik, kilas, serong, lock dan ada buah patah.
Gusi Merah
Anak muda hasil pembaka yang dipinjamkan daripada seorang kawan di Ampang. Anak induk 'Pelor' (satu nama yang amat digeruni beberapa tahun yg lalu). Ini last lah anak dia sebab induk tu dah pencen. Permainan masih belum diketahui sebab hati belum betul2 duduk. Sedara jantan dia dah jual. Ada tengok spar dia. Main dia betul2 cepat, kaki rajin, ada tembak, lock, banyak pukul tumpang dan buah gantung dan juga pukul ping. Harap2 yang ni pun main macam tu jugak.
No comments:
Post a Comment